LIVE: Perhimpunan 'Baju Merah'

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 10:12 AM

(Ubah saiz teks)


8.49 malam: Keseluruhan perhimpunan baju merah tamat sepenuhnya.

8.10 malam: Anggota polis sedikit demi sedikit meninggalkan Petaling Street. Jalan Tun Tan Cheng Lock dari arah Puduraya dibuka sepenuhnya untuk kenderaan awam.

8.04 malam: Jalan ke Pudu Sentral dibuka semula kepada orang ramai.

8.02 malam: FRU meninggalkan Jalan Petaling, hanya anggota polis yang meneruskan kawalan

7.55 petang: Suasana di Jalan Petaling.

7.50 petang: Polis meminta petugas media berada jauh daripada peserta perhimpunan bagi memudahkan tindakan diambil.

7.40 petang: Polis mula mendekati peserta dan minta mereka bersurai sebelum penahanan dilakukan.

7.42 petang: Peserta perhimpunan Baju Merah di Padang Merbok bersurai sepenuhnya.

7.32 petang: Terdapat kumpulan kecil peserta perhimpunan Baju Merah masih berkumpul di Jalan Petaling.

7.16 petang: Datuk Jamal Md Yunos meninggalkan Jalan Petaling sambil meminta ksemua peserta turut pulang dan menunaikan solat Magbrib

7.03 petang: Peserta perhimpunan Baju Merah mulan meninggalkan Jalan Petaling

6.46 petang: Jamal berjanji kepada peserta perhimpunan bahawa beliau akan memastikan KPDNKK mengambil tindakan terhadap peniaga di Jalan Petaling.

6.45 petang: Datuk Jamal Yunos berjaya memujuk peserta perhimpunan Baju Merah bersurai di Jalan Petaling.

6.52 petang: Jumlah peserta perhimpunan Baju Merah di Padang Merbok semakin berkurangan menjelang senja.

6.40 petang: Datuk Jamal Md Yunos tiba di Jalan Petaling untuk memohon kebenaran kepada polis untuk melalui kawasan berkenaan.

Masjid negara dipenuhi oleh peserta perhimpunan Baju Merah setiap waktu solat

6.24 petang: Peserta perhimpunan Baju Merah di Padang Merbok sempat bersalaman dengan anggota polis sebelum meninggalkan kawasan tersebut

6.20 petang: Peserta perhimpunan Baju Merah enggan bersurai dan masih di depan laluan Jalan Petaling.

5.50 petang: Polis mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Reezal Merican meminta supaya peserta di Petaling Street bersurai.

5.35 petang: Helikopter polis berlegar di ruang udara sekitar Petaling Street.

5.33 petang: Peserta Baju Merah berkeras untuk melalui Jalan Petaling.

5.15: petang FRU terus mengawal laluan masuk ke Jalan Petaling

5.10 petang: Peserta perhimpunan Baju Merah terus berada di depan laluan masuk ke Jalan Petaling.

4.56 petang: Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang peserta perhimpunan daripada memasuki Jalan Petaling.

4.30 petang: Pertunjukkan silat turut diadakan di Padang Merbok

4.25 petang: Terdapat peserta yang terpkasa menerima bantuan perubatan dalam perhimpunan tersebut

4.10 petang: Ibu negara ditawan Baju Merah

4.05 petang: Terdapat bunyi letupan di persimpangan Jalan Parlimen.


3.50 petang: Terdapat peserta mula meninggalkan perhimpunan Baju Murah.

3.40 petang: Presiden Perkasa naik ke pentas untuk beri ucapan.

3.05 petang: Tan Sri Ali Rustam memberikan ucapan di Padang Merbok.

3.00 petang: Peserta perhimpunan hampir tiba di Padang Merbok

2.50 petang: Peserta perhimpunan dari Jalan Conlay melepasi Dataran Merdeka.

2.19: Peserta perhimpunan berarak memasuki Jalan Tun Perak

2.17: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut tiba di Padang Merbok

2.16 petang: Presiden Pesaka Tan Sri Mohd Ali Rustam tiba di Padang Merbok.

2.10 petang: Peserta perhimpunan berarak melepasi Lot 10 untuk ke Jalan Sultan Ismail.

2.01 petang: Peserta sekali lagi cuba merempuh halangan yang disediakan FRU berdekatan Pavilion.

1.50 petang: Polis benarkan peserta perhimpunan melalui Jalan Buit Bintang

1.46 petang: FRU bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan.

1.38 petang: Polis memaklumkan kepada peserta perhimpunan supaya tidak berarak ke Bukit Bintang.

1.36 petang: FRU berjaya menyekat kemaraan peserta perhimpunan di Bukit Bintang.

1.25 petang: Peserta perhimpunan merempuh sekatan polis di Bukit Bintang

1.13 petang: Kumpulan kedua (bermotosikal) mula berarak ke Bukit Bintang.

1.08 petang: Plaza Low Yat sedia menutup pintu masuk membeli-belah peralatan eloktornik tersebut.

1.03 petang: Peserta mula berarak ke Bukit Bintang.

12.55 tengah hari: Kumpulan pertama mula berarak dari Jalan Conlay.

12.45 tengah hari: Peserta perhimpunan bergabung di Padang Merbok.

12.30 tengah hari: Peserta perhimpunan mula berkumpul di Padang Merbok.

12.10 tengah hari: Peserta perhimpunan mula tiba di Padang Merbbok

12.09 Peserta perhimpunan turut membawa sepanduk.

11.55 pagi: Peserta perhimpunan Baju Merah berhimpun berdekatan Bank Negara.

11.47 pagi: Laluan di sekitar Dataran Merdeka lancar walaupun peserta perhimpunan mula membanjiri kawasan tersebut.

11.43 pagi: Peniaga menjual baju merah di hadapan Stesen Masjid Jamek.

11.34 pagi: Suasana perhimpunan Baju Merah di ibu negara.

11.15 pagi: Peserta perhimpunan berselawat dan bersalaman dengan Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Maideen Kadir Shah.

11.10 pagi: Peserta perhimpunan tiba menaiki motosikal di Kompleks Kraf.

10.55: Polis menutup laluan masuk ke Dataran Merdeka

10.45 pagi: Polis mula berkawal di Jalan Tun Tan Cheng Lock

10.35 pagi: Susana di Jalan Petaling sunyi. 


10.06: Peserta perhimpunan Baju Merah mula berkumpul di sekitar Masjid Negara.

Peserta Perhimpunan Baju Merah Tiba Sejak 8 Pagi

KUALA LUMPUR: Berpuluh-puluh bas yang membawa peserta perhimpunan Baju Merah kelihatan tiba di beberapa lokasi berkumpul di ibu negara pada Rabu.

Sejak pukul 8 pagi ini, peserta dari luar ibu negara itu mula berkumpul Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, just off Jalan Duta termasuk di jalan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Selain itu terdapat juga peniaga yang mula menjual air dan makanan di tepi-tepi jalan.

Di Jalan Hang Tuah dan Jalan Hang Jebat, berdekatan  Stadium Negara, terdapat bas-bas yang membawa peserta perhimpunan telah tiba untuk memulakan aktiviti pada pukul 12 tengah hari ini.

Tags / Kata Kunci: Perhimpunan Baju Merah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan