Jerebu: Lapangan Terbang Kerteh Ditutup

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 9:00 AM

Pekerja-pekerja yang terkandas meninggalkan lapangan terbang Kerteh selepas penerbangan dan perkhidmatan helikopter yang membawa mereka ke platform luar pesisir telah dibatalkan.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Keadaan Jerebu di sini yang semakin teruk telah memaksa lapangan terbang Kerteh ditutup kerana jarak penglihatan yang rendah.

Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi arahan untuk menghentikan sementara operasi semua penerbangan domestik dan perkhidmatan helikopter penghantaran pekerja luar pesisir.

"Lapangan terbang itu telah diarah tutup oleh DCA sejak 10 pagi semalam," katanya ketika dihubungi.

Malindo Air dan Firefly beroperasi dari lapangan terbang itu.

Sebuah pesawat Malindo Air, yang berlepas pada 11.47 pagi semalam, adalah penerbangan yang terakhir berlepas dari lapangan terbang itu.

"Penerbangan berlepas selepas jarak penglihatan meningkat kepada kira-kira 850 meter," kata Zamri.

Beliau berkata, penutupan lapangan terbang itu dibuat apabila jarak penglihatan turun kepada 400 meter pada pukul 8 pagi.

"Untuk ia dibuka semula, penglihatan mesti lebih daripada 800 meter untuk pesawat dan 1,500 meter untuk helikopter."

Jurucakap Malindo Air berkata semua penerbangannya ke lapangan terbang Kerteh antara Rabu dan Isnin telah dibatalkan akibat jerebu yang semakin buruk.

"Para penumpang yang terlibat akan diberi bayaran balik sepenuhnya atau mereka boleh memilih untuk menukar penerbangan mereka apabila operasi disambung pada Selasa," kata Zamri.
Tags / Kata Kunci: DCA , lapangan terbang Kerteh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan