Halang Demonstrasi Jalanan Gulingkan Kerajaan - PM

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 3:24 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Seminar Integrasi Nasional di sini, Rabu. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (kanan).

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pelbagai langkah diambil bagi menghalang mana-mana pihak yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kumpulan ini cuba menanam kebencian dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tidak betul untuk menganjurkan perhimpunan yang didominasi oleh satu bangsa dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan. Seperti yang kita lihat, ia boleh membawa kepada perhimpunan yang dianjurkan kaum lain pula.

"Ia tidak lain daripada membawa padah dan risiko kepada demokrasi, harmoni dan perpaduan negara," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada persidangan Meningkatkan Perpaduan Nastional dan Integrasi di sini.

Najib berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana komplot itu dicetuskan dengan ugutan, penipuan dan warga asing yang mahu menggugat negara ini seperti mana ketika zaman penjajahan.

"Mereka menyebarkan penipuan dan khabar angin menyatakan Malaysia dalam keadaan bahaya.

"Tetapi mereka yang sebenarnya berbahaya kerana terdesak untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan bersedia mengambil risiko ketidakstabilan negara boleh membawa kepada keganasan seperti mana berlaku di negara lain.

"Biar saya nyatakan disini - saya tidak akan benarkan keadaan ini berlaku di Malaysia. Keamanan dan keselamatan negara adalah keutamaan kerajaan saya.

"Saya yakin kita dapat harunginya dan kekal bersatu," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berhenti mempertahankan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara ini.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan