Keadaan Keselamatan Di Ibu Negara Terkawal - Polis

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan keselamatan semasa 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok di sini, Rabu pada keseluruhannya terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, tiada sebarang insiden yang tidak diingini atau laporan berhubung keganasan diterima, setakat ini.

"Tiada keganasan dilakukan peserta Himpunan Rakyat Bersatu yang bermula 12 tengah hari, Rabu.

"Angggota polis akan terus mengetatkan kawalan keselamatan di semua kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan semua pihak," kata kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Ribuan peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' berhimpun di Padang Merbok, yang diterajui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Perhimpunan itu diadakan antaranya sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan di ibu kota pada 29 dan 20 Ogos selain menyatakan sokongan terhadap kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokrasi serta menolak politik ekstremis.-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan