Ramai Kecewa Notis Penutupan Dibuat Pada Saat Akhir

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 8:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa dan guru berasa lega dengan keputusan penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan akibat jerebu tetapi ramai yang tidak berpuas hati apabila ia diberitahu pada saat-saat akhir.

Pengurus latihan korporat Jacqueline Ambrose, 43, berkata beliau menjangkakan pengumuman pada malam Ahad selepas jerebu teruk pada hujung minggu.

"Kami lega sekolah-sekolah ditutup tetapi notis itu lewat sedikit, sedangkan jerebu jelas kelihatan kritikal sejak hari Sabtu lagi.

"Kami kecewa bahawa Kerajaan berlengah-lengah dalam membuat keputusan dalam memastikan anak-anak kami berada dalam bangunan dan tidak berada di sekolah," kata Jacqueline yang anaknya berusia 14 dan 12 tahun.

Kementerian Pendidikan mengumumkan sebelum tengah malam Isnin bahawa sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup.

Kementerian berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan melainkan membuat keputusan untuk menutup sekolah apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 195 pada malam Isnin.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian mengeluarkan pengumuman itu pada pukul 11.30 malam.

Sesetengah ibu bapa hanya mengetahui tentang keputusan itu melalui media sosial atau rakan, manakala yang lain menerima pengesahan perkhabaran dari pentadbiran sekolah mereka.

"Pengumuman itu dilakukan lewat malam.

"Berapa ramai ibu bapa, terutama mereka yang mempunyai anak yang belajar pada sesi pagi seperti saya akan berjaga sehingga lewat malam?," tanya Suri rumah Lynn Lee, 37, sambil menambah beliau bangun dari tidur pada waktu malam untuk membaca mesej WhatsApp berhubung penutupan yang diterima daripada kawan.

Rachel, seorang guru sekolah menengah berusia 35 tahun di Kuala Lumpur berkata terdapat ramai pelajar yang pergi ke sekolah semalam tetapi diberitahu untuk balik semula ke rumah.

Beliau berkata isu ini semakin kritikal pada minggu lalu dan sekolah tidak mempunyai apa-apa aktiviti luar kerana jerebu.

"Bagaimanapun di sekolah kami, tingkap dan pintu bilik darjah terbuka luas, jadi kami semua masih terdedah kepada jerebu pada waktu sekolah.

"Saya kasihankan pelajar saya, mereka agak letih dan ada yang jatuh sakit," katanya.

Di Ampangan, Seremban, Abdul Nasir Abdullah, 53, yang bekerja sendiri berkata pengumuman lewat dilakukan.

"Pihak berkuasa perlu lebih peka terhadap perkara-perkara ini," katanya sambil menambah isterinya yang menguruskan sebuah kedai makan berhampiran sebuah sekolah 'hilang' pelanggan, termasuk ibu bapa yang tidak hadir berikutan penutupan.

Di Shah Alam, Helena, seorang guru di sekolah antarabangsa berkata pengetuanya telah menghantar e-mel pada pukul 1 pagi untuk memaklumkan kepada guru-guru tentang keputusan kementerian.

"Pengetua berkata guru-guru bagaimanapun dikehendaki berada di sekolah jika terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

"Kira-kira pukul 4 pagi, saya menerima e-mel lain daripada pentadbiran menyatakan bahawa ibu bapa telah dimaklumkan tentang penutupan itu," kata Helena.

"Guru-guru telah menghadiri taklimat dan diberitahu untuk menghantar kerja rumah untuk hari ini dan juga Khamis melalui e-mel jika sekolah masih ditutup," kata Helena, sambil menambah guru dibenarkan pulang ke rumah tidak lama selepas itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata beberapa pemandu bas sekolah mengadu tentang kelewatan notis tetapi gembira kerana sekolah ditutup.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan