Jamal Dakwa Pembangkang Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 7:35 PM

Kekecohan yang berlaku membabitkan peserta perhimpunan baju merah di sekitar ibu negara, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa insiden kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling dan Bukit Bintang dicetuskan pihak pembangkang.

"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok di sini, Rabu.

Beliau yang sudah menjangkakan insiden seumpama itu akan berlaku pada perhimpunan itu telah memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada polis.

"Saya percaya pihak polis dapat tangani perkara ini secara baik dan menjadikannya sebagai iktibar kepada mereka yang lain supaya jangan melanggar undang-undang.

"Kalau langgar undang-undang, kita minta pihak polis gunakan akta yang ada untuk menghukum mereka," katanya.

Dilaporkan, sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka, manakala di Bukit Bintang pula kumpulan sama dikatakan merempuh sekatan selepas dihalang memasuki kawasan berkenaan.

Jamal turut menafikan peserta di kalangan NGO pimpinannya terlibat dalam kekecohan di Jalan Petaling dan Bukit Bintang di sini.

"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.

Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menggunakan laluan ke Jalan Petaling untuk berarak ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street bukan daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).

"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.

"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya.



Tags / Kata Kunci: baju merah , Padang Merbok , Jamal Md Yunos

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan