DAP Dituduh Rasis, Buktinya Hubungan Dengan PAS - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP terus dikecam hebat oleh peserta himpunan Baju Merah apabila parti itu dilabel sebagai perkauman.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata DAP telah berbohong apabila menyatakan bahawa parti itu tidak rasis.

"DAP jangan temberang, jangan bohong bahawa mereka tidak perkauman.

"Merekalah perkauman yang paling rasis dalam negara," katanya ketika berucap di hadapan ribuan peserta Perhimpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini, Rabu.

Katanya, beliau pernah mengingatkan PAS dan pimpinannya tentang hubungan politik yang dijalinkan dengan DAP.

"Saya kata tahaluf siyasi dengan DAP akan makan diri PAS sendiri...sekarang dah jadi.

"Siapa punya angkara kalau bukan DAP," katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menggesa agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula bagi memastikan negara terus aman dan hak Melayu terus dapat dipelihara.

Gesaan yang sama turut dibuat oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Tan Sri Mohd Ali Rustam dalam ucapannya terdahulu di pentas yang sama.

Ibrahim turut menuntut agar seluruh hak Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan dikembalikan semula.

"Kembalikan semula biasiswa penuh anak-anak Melayu, kembalikan tanah rizab Melayu.

"Ini antara tujuh wasiat Raja-Raja Melayu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Baju Merah , Padang Merbok

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan