1MDB Kesan Cubaan Palsukan Emel

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia berjaya menghalang cubaan untuk memalsukan emel yang kononnya daripada syarikat tersebut.

Dalam kenyataan, 1MDB berkata cubaan memalsukan emel itu dikesan melalui langkah-langkah keselamatan internet syarikat tersebut pada 6.30 petang pada 15 September, 2015 sebelum ia boleh menyebabkan sebarang kemudaratan.

1MDB berkata ia telah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada polis dan CyberSecurity Malaysia.

Sebagai langkah tambahan, 1MDB menasihati sesiapa yang meragui emel daripada syarikat tersebut untuk mengesahkan kesahihan alamat pengirim atau menghubungi ibu pejabat korporat di talian +603-27308288.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: 1MDB , emel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan