Kerajaan Pusat Beri Lebih Autonomi Kepada Sabah, Sarawak - PM

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 7:36 PM

Najib

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat bersetuju melaksanakan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak kerana ia bersesuaian dengan hasrat kedua-dua kerajaan negeri untuk memainkan peranan lebih penting yang juga melambangkan hasrat rakyat Malaysia di negeri berkenaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata peringkat pertama pelaksanaan prinsip penurunan kuasa akan melibatkan pentadbiran dan dilaksanakan secara berperingkat.

Sehubungan itu, Najib mengumumkan beberapa langkah yang kerajaan negeri akan diberi peranan lebih besar dalam menentukan projek khususnya projek  keutamaan.

"...dan lokasi projek yang akan dilaksanakan di mana rundingan akan diadakan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai.

Najib berkata bagi penilaian tender projek-projek pusat pula boleh dilaksanakan di peringkat negeri melalui jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan wakil-wakil kerajaan pusat.

Menurutnya temuduga bagi pengambilan ke jawatan dalam perkhidmatan awam seperti guru dan polis, tidak lagi hanya berpusat di bandar tertentu tetapi akan turut diadakan di kawasan lain bagi memudahkan penduduk di kawasan pedalaman menghadiri temuduga berkenaan.

Beliau turut mengambil perhatian bahawa terlalu banyak guru dari Semenanjung ditempatkan di Sabah dan Sarawak yang menyebabkan guru terbabit tidak kekal lama, selain guru kurang berpengalaman dihantar bertugas ke negeri berkenaan.

Justeru, katanya, kerajaan pusat telah menetapkan sasaran sebanyak 90 peratus guru terdiri daripada mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Misalnya, jumlah guru anak kelahiran Sarawak ketika ini adalah seramai 32,168 orang daripada 41,935 orang.

"Ini bermakna, dalam masa tiga tahun, jumlah guru anak kelahiran negeri yang bertugas di Sarawak akan meningkat kepada 38,082 orang; iaitu pertambahan seramai 5,914 orang," katanya.

Langkah lain turut diumumkan Najib ialah pegawai Undang-Undang Negeri akan diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Acara Jenayah untuk menjalankan kuasa-kuasa pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri.

Selain itu, katanya, kerajaan pusat juga meluluskan 100 jawatan pegawai imigresen bagi menambah jumlah kakitangan imigresen di Sarawak bagi tujuan meningkatkan penguatkuasaan manakala jumlah bagi Sabah akan ditentukan.

Katanya kerajaan pusat juga akan memberi kuasa warden trafik kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri seperti menggunakan alat pengunci tayar kenderaan di jalan raya awam dan tempat letak kereta awam.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan dilibatkan dalam jawatankuasa memilih dan meluluskan pemberian lesen perikanan lautan dalam.

Perdana Menteri berkata satu jawatankuasa bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan diwujudkan sebagai landasan untuk pemberian penurunan kuasa yang lebih besar.

"Ini bagi mengkaji penurunan kuasa secara pentadbiran supaya teratur dari segi pelaksanaan dan kebolehlaksanaan perkara-perkara lain yang berkaitan perundangan dan pertindihan fungsi antara agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan pusat pada prinsipnya bersetuju menaik taraf status Pejabat Daerah Serian kepada Pentadbiran Bahagian Serian dan menaik taraf tujuh pejabat daerah kecil kepada daerah penuh iaitu Tebedu, Pusa, Kabung, Tanjung manis, Sebauh, Subis dan Beluru.

Selain itu, katanya dua pejabat daerah baharu akan diwujudkan di Telang Usan dan Bukit Mabong; serta empat pejabat daerah kecil baharu di Bario, Tinjar, Long Bedian dan Mulu.

"Kita juga akan menentukan keperluan di peringkat negeri Sabah setelah kita selesai perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah," katanya.

Tags / Kata Kunci: autonomi , Sabah , Sarawak , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan