Amanah Tolak Ketuanan Melayu-Islam

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menolak ideologi 'nasionalisme muslim' atau semangat ketuanan Melayu-Islam yang mengkhususkan Islam untuk kaum tertentu sahaja.

Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti baharu pimpinannya itu lebih bersifat terbuka dan mengamalkan konsep toleransi dengan semua kaum tanpa membataskan agama.

"Sangat mengelirukan jika konsep politik Islam bergandingan dengan NGO atau parti politik yang mengangkat agenda dan fahaman Melayu-Islam.

"Lebih parah jika konsep ketuanan bangsa ini menganggap kaum yang berlainan budaya dan agama sebagai musuh," katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada pelancaran Amanah di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, Rabu.

Mohamad menerima bendera Parti Pekerja-Pekerja Malaysia daripada Nalini Nayar iaitu anak kepada pengasas parti berkenaan, Ganga Nayar sebagai simbolik penyerahan kepada barisan kepimpinan baharu. -KK SHAM/The Star

Amanah merupakan nama baharu bagi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang dijenamakan semula dengan barisan kepimpinan baharu.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way pada Pilihan Raya Umum ke-5.

Penubuhan Amanah diusahakan bekas pimpinan PAS dari kumpulan progresif yang disingkirkan daripada parti itu pada pemilihan Jun lalu.

Menurut Mohamad, konsep ketuanan Melayu-Islam sering memberi gambaran seolah-olah Islam atau Melayu sentiasa ditekan oleh kaum dan penganut agama lain.

"Kononnya negara akan dikristiankan dan kaum Cina berpakat untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu. Lantas diserunya kesatuan Melayu bagi menyelamatkan masa depan Melayu.

"Perlu ditegaskan bahawa Islam mesti ditampilkan sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi kaum, agama dan budaya," katanya.

AJK Parti Amanah Negara

Menerusi ucapannya Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, Amanah akan menggerakkan permuafakatan politik bagi menubuhkan semula gabungan pakatan pembangkang.

"Komited dengan pembudayaan politik baharu, Amanah akan terus berpaksi kepada politik yang berteraskan prinsip, ilmu pengetahuan dan akhlak mulia.

"Amanah bersedia mewujudkan budaya mengurus perbezaan pandangan, pelaksanaan prinsip kebebasan berusara dan tuntutan kesaksamaan seperti dianjurkan Islam bagi melahirkan sebuah masyarakat madani," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amanah , Mohamad Sabu , NGO

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan