Ahmad Maslan Konvoi Bersama Peserta Himpunan Baju Merah

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 11:37 AM

Ahmad (kanan) bersama peserta perhimpunan 'baju merah' di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu dan perhimpunan 'baju merah' yang berlangsung pada Rabu turut menyaksikan Datuk Ahmad Maslan 'turun padang' untuk bersama peserta program yang diadakan di sekitar ibu negara.

Dua perhimpunan itu masing-masing dikendalikan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu.

Ahmad berkata, kehadirannya pada perhimpunan itu atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Alumni Kelab Umno Luar Negara.

"Saya hadir mewakili NGO. Saya terlibat dalam perhimpunan ini kerana ia dibenarkan polis, kalau tak lulus saya tak hadir.

"Memang saya ada dua lagi 'topi' iaitu Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Miti, tapi saya hadir atas nama NGO," katanya kepada pemberita selepas bertemu peserta himpunan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini, Rabu.

Kehadiran beliau berkonvoi menaiki motosikal melibatkan 34 motosikal itu menarik perhatian ramai.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalam dan bertemu orang ramai termasuklah bergambar bersama peserta himpunan.

Katanya, terdahulu, beliau singgah di Masjid Wilayah dan memaklumkan terdapat ratusan bas di sana serta ribuan peserta perhimpunan.

"Selepas ini saya akan ke Masjid Negara, PWTC dan Padang Merbok.

"Saya tak akan mengikuti program sehingga petang kerana perlu ke Kota Kinabalu pada pukul 3 petang ini untuk sambutan Hari Malaysia," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan semua peserta supaya tidak mencetuskan provokasi dan berhimpun secara aman.

"Saya membawa mesej keamanan. Saya cintakan keamanan dan peraturan, jadi saya harap tak berlaku perkara memudaratkan," katanya.


 


Tags / Kata Kunci: Pesaka , baju merah , Ahmad Maslan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan