Jerebu: USIM Tangguh Sesi Pengajian - Berita Semasa | mStar

Jerebu: USIM Tangguh Sesi Pengajian

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa menangguhkan sesi pengajian di kampusnya di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata keputusan itu diambil berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Nilai yang melebihi bacaan 200 iaitu pada tahap  sangat tidak sihat.

Beliau berkata sesi pengajian akan berjalan seperti biasa bermula Khamis ini iaitu selepas cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia pada Rabu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: USIM , jerebu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan