Uber, TEKS1M Bekerjasama Sempena Promosi Hari Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Uber akan bekerjasama dengan pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bersempena promosi sambutan Hari Malaysia pada minggu ini.

Dalam kempen yang dikenali sebagai #UberRakyat, langkah tersebut akan menyaksikan pemandu TEKS1M bekerjasama dengan aplikasi pengangkutan itu untuk kadar istimewa di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Uber, laluan ke Petronas Twin Towers, Petaling Street dan Lake Gardens akan menikmati diskaun sebanyak 63% pada 16 dan 17 September ini.

"Untuk dua hari... Uber Malaysia akan memperkenalkan pandangan 'Rakyat' yang terdiri daripada pilihan TEKS1M, Proton dan Perodua," demikian menurut kenyataan itu.

Pengurus Besar Uber Malaysia, Leon Foong memberitahu The Star bahawa kerjasama bersama TEKS1M adalah yang pertama seumpamanya sejak aplikasi tersebut diperkenalkan di negara ini.

"Mereka (pemandu TEKS1M) sebenarnya amat berminat. Sebahagian daripada mereka pernah menjadi rakan kongsi kami sementara menunggu lesen TEKS1M yang diberikan kepada kebanyakan individu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata Uber sedang bekerjasama dengan pemandu TEKS1M kerana beberapa pengguna menyukai pengangkutan mereka terutamanya, Proton Exora.

"Ia adalah satu penglibatan bersama yang sebenarnya berlaku disebabkan media sosial," katanya.

Foong bagaimanapun tidak mahu mendedahkan berapa jumlah pemandu TEKS1M yang menyertai kerjasama itu.

Tags / Kata Kunci: TEKS1M , Uber

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan