Persiapan Operasi Masyair Berjalan Lancar

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Persiapan operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah (23 September) berjalan lancar, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, ketika ini khemah-khemah untuk jemaah Malaysia di padang Arafah sedang dipasang dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Lebih 2,000 khemah dipasang di Arafah bagi menempatkan 22,320 jemaah haji Malaysia dan setiap khemah akan menempatkan 12 jemaah haji. Mereka (jemaah haji) akan mula memasuki Arafah pada 8 Zulhijjah dengan menggunakan bas.

"Jemaah haji akan berada di Arafah sehingga 9 Zulhijjah. Pada malamnya (9 Zulhijjah), jemaah akan bergerak ke Muzdalifah. Pada 10,11 dan 12 Zulhijjah, jemaah akan berada di Mina untuk ibadat melontar," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan tapak perkhemahan untuk jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina di sini.

Syed Saleh berkata tapak perkhemahan jemaah Malaysia itu adalah di tapak yang sama seperti musim haji lepas.

Tabung Haji juga akan menyediakan kemudahan surau, pusat rawatan, bilik maklumat operasi dan pejabat-pejabat maktab.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Arafah , masyair , haji

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan