Tarif Air Perlu Dinaikkan - KeTTHA

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 7:29 PM

air selangor
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarif air perlu dinaikkan bagi membolehkan operator air menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna, kata Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Loo Took Gee.

Beliau berkata, secara idealnya, operator air memerlukan tarif yang bukan sahaja dapat menampung operasi dan perkhidmatan, tetapi meliputi kerja tambahan seperti menukar paip.

"Pada masa sekarang operator air tidak mempunyai modal mencukupi untuk melakukan kerja-kerja penggantian paip," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Air ABB-Persatuan Air Malaysia (MWA) Pertama di sini, Selasa.

Took Gee berkata, pada masa sekarang tujuh daripada 12 negeri telah melaksanakan penstrukturan perkhidmatan industri air dan melaksanakan skim pembaharuan.

"Kami akan mengadakan perbincangan dengan lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis bagi pelarasan tarif air dan penstrukturan semula kerana tidak ada kajian semula dilakukan sejak lebih 20 tahun lepas di negeri-negeri terbabit.

"Diharapkan pada pertengahan tahun depan, kita akan mendapat penyelesaian," katanya.

Ditanya kemungkinan adanya kenaikan tetap tarif air, Took Gee berkata, kenaikan tarif tidak akan ditetapkan oleh kementerian kerana ia membabitkan banyak operator air di setiap negeri.

"Tidak seperti tenaga yang hanya membabitkan satu operator, industri perkhidmatan air melibatkan banyak operator yang kita perlu beri pertimbangan  kos operasi di setiap kawasan dan teknologi yang digunakan," katanya.

Kolokium yang dihadiri kira-kira 100 perwakilan bertemakan Pengurusan dan Teknologi Air Kelas Dunia untuk Masa Depan Lestari, bertujuan membincangkan pembangunan pengurusan air di Malaysia.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KeTTHA , tarif air

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan