Jangan Cemarkan Hari Malaysia Dengan Tema Perkauman - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 11:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hari Malaysia sepatutnya diraikan dengan aktiviti yang menunjukkan perpaduan negara serta rakyat cintakan negara ini, dan tidak dicemari oleh unsur-unsur perkauman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang memuat naik status  di laman Facebook miliknya pada Selasa berkata, perhimpunan 16 September secara umumnya dilihat negatif oleh orang awam, walaupun pihak penganjur berkata ia adalah untuk memperjuangkan kedaulatan Melayu.

"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," jelasnya yang juga Timbalan Presiden Umno.

Beliau juga berkata, jika benar bahawa penghormatan Melayu yang disokong, ia perlu dilakukan melalui saluran yang sesuai.

"Nasihat saya adalah dengan menggunakan saluran yang betul seperti Umno, yang menerajui kerajaan, dan bukan melalui kaedah yang membangkitkan sentimen perkauman," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia telah berjaya mengatasi banyak halangan dengan bersatu.

Beliau berkata orang ramai juga mahu pemimpin yang mempunyai integriti dan kejujuran.

"Mereka mahu negara ini yang berjalan dengan baik, dengan tadbir urus yang baik kunci kepada kejayaan Malaysia,"katanya.

Tambah Muhyiddin, salah guna kuasa dan rasuah akan menghakis kepercayaan orang ramai, komuniti perniagaan dan pelabur.

Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin mengenai kehendak dan kebimbangan rakyat - seperti pembangunan lebih holistik, peluang untuk memiliki rumah sendiri, kos  sara hidup yang berpatutan, pendidikan dan perkhidmatan awam yang cekap.

Bagi pembangunan di Malaysia, beliau berkata ia mesti menyeluruh  termasuk Sabah dan Sarawak.

"Menguruskan negara dengan baik adalah tanggungjawab besar bagi Kerajaan.

"Orang ramai pula mempunyai tanggungjawab untuk tetap setia kepada negara ini, dan sentiasa mengekalkan keharmonian kaum dan agama," kata Muhyiddin.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan