Kerajaan BN Akan Bentangkan Kad Laporan Prestasi Pencapaian Manifesto PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 12:40 AM

NajibTun Razak (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Bil 3/2015 pada Isnin malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan kad laporan prestasi pencapaian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengerusi BN itu berkata pencapaian yang dilakukan kerajaan BN dalam tempoh dua tahun setengah itu, akan diumumkan kepada rakyat. 

"Dalam tempoh dua tahun setengah ini, kita telah laksanakan pelbagai projek dan program bersandarkan aku janji tersebut dan sudah sampai pada masanya, dalam sedikit masa lagi kita akan bentangkan kad laporan prestasi kerajaan BN berasaskan aku janji tersebut kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama kira-kira dua jam, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin malam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BNNajib berkata bentuk dan cara laporan itu dibentangkan kepada rakyat akanditentukan kelak.

"Kita sedar bahawa kita telah membuat aku janji kepada rakyat dalam bentuksebuah manifesto sebagai manifesto PRU ke-13.

"Kita akan maklumkan bentuknya dan cara mana, tetapi (yang pasti iaberdasarkan) prinsip kebertanggungjawaban kepada rakyat berdasarkan kepada akujanji yang kita buat," kata perdana menteri. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Manifesto , PRU-13

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan