Himpunan Baju Merah: Beberapa Laluan Utama Ditutup Esok

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 4:18 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup beberapa laluan utama di sekitar ibu negara secara berperingkat mulai tengah hari Rabu sempena penganjuran perhimpunan "baju merah" yang dijadual berlangsung di Padang Merbok.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata beberapa laluan dijangka mengalami kesesakan teruk berikutan kehadiran kira-kira 2,000 bas membawa peserta untuk memasuki kawasan himpunan.

"Kita akan tutup beberapa laluan ini secara berperingkat pada jam 12 tengah hari. Namun masih bergantung kepada pergerakan dan kehadiran peserta. Mungkin ia lebih awal (jalan ditutup).

"Polis juga akan mengerahkan seramai 430 anggota untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam seawal jam 6 pagi," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata polis turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi melancarkan aliran trafik dan keselamatan.

Berikut adalah laluan yang terbabit dalam penutupan berperingkat: Jalan Parlimen; Jalan Kinabalu; Jalan Sultan Salahuddin; Bulatan Datuk Onn; Jalan Raja Laut; Jalan Kinabalu susur ke Jalan Hishammuddin; Jalan Pudu-Jalan Tun Tan Cheng Lock; Jalan Kuching; Jalan Raja; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Munsyi Abdullah-Jalan Dang Wangi; Bulatan Sultan Mohammad dan Jalan Damansara.

Jalan Kuching-Jalan Tun Razak; Jalan Sultan Ismail; Jalan Conlay; Jalan Raja Chulan; Jalan Leboh Ampang-Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang. Turut disediakan laluan alternatif bagi orang ramai yang ingin ke pusat bandar iaitu, Jalan Tun Razak; Jalan Hang Tuah; Bulatan Kampung Pandan; Jalan Loke Yew dan Jalan Bukit Bintang.

Tags / Kata Kunci: perhimpunan "baju merah"

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan