Undang-Undang Baharu Bakal Kawal Penggunaan Vape - Dr Hilmie

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Undang-undang kawalan hasil tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentang di parlimen bakal mengambil kira kawalan penggunaan vape yang memudaratkan kesihatan pengguna, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata undang-undang sedia ada iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat tidak begitu berkesan pada masa kini terutama dari segi denda yang dikenakan terhadap pesalah bagi mengawal penggunaan vape dan hasil tembakau seperti rokok.

"Vape kita masukkan sekali supaya kita dapat kawal yang sekarang ini kita tidak dapat kawal, vape amat berbahaya terutama bila asap disedut anak-anak kita. Saya nasihatkan hentikan lah menggunakan vape kerana ia mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.

"Proses merangka undang-undang berkaitan hasil tembakau ini telah berjalan kira-kira dua tahun dan saya amat berharap ia akan dibawa ke parlimen dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman.

Sementara itu, Dr Hilmi berkata terdapat peningkatan terhadap penyakit disebabkan jerebu di negara ini antaranya batuk, asma dan sakit mata terutama di beberapa negeri yang dilanda jerebu terutama Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak terdedah dengan aktiviti luar sehingga memudaratkan kesihatan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan memperluas Program Doktor Muda di sekolah Orang Asli dalam usaha memberi kesedaran tantang isu penyakit dan kesihatan di negara inidalam kalangan kaum tersebut.

"Kami akan mulakan analisis tingkah laku murid di sekolah berkenaan bagi merangka program yang bersesuaian kerana isu kesihatan di luar bandar mungkin berbeza dengan di bandar," katanya.

Beliau berkata setakat ini program tersebut melibatkan 89 sekolah menengah dan 2,474 sekolah rendah di negara ini dengan jumlah kira-kira 2 juta pelajar.

Tags / Kata Kunci: Vape , Kesan Negatif

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan