Jangan Lupa Jasa Pemimpin Masa Lalu, Bersatu Demi Rakyat - Dr M

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 7:30 AM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak lupa bahawa sejarah atau kesilapan negara akan berulang lagi.

"Jika kita lupa sejarah negara, kita akan mengulangi kesilapan lalu berulang-ulang kali.

"Jika ini berlaku, ia akan menimbulkan banyak masalah dan peristiwa yang tidak diingini semua orang," kata Dr Mahathir pada majlis amal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran Ikatan Muslim Malaysia (Isma), malam Isnin.

Beliau menggesa semua pihak mencontohi nasionalis Melayu seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak Hussein, Burhanuddin al- Helmy, Zainal Abidin Ahmad (Za'aba), Zaiton Munshi Sulaiman ( Ibu Zain) dan Maarof Zakaria.

Menurut Dr Mahathir, mereka mempunyai pendekatan dan agenda tetapi matlamat tetap sama iaitu untuk membawa manfaat kepada rakyat.

"Zaa'ba fokus terhadap bahasa, Burhanuddin agama, Ibu Zain fokus kepada pendidikan manakala Maarof mahu membuka sebuah bank untuk orang Melayu.

"Mereka mempunyai perbezaan tetapu fokus dan matlamat mereka sama - untuk membawa kebaikan kepada bangsa, agama dan negara," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata jika tidak kerana sumbangan dan pengorbanan nasionalis pada masa lalu, negara tidak akan mencapai kemederkaan dan bebas daripada penjajahan British.

Katanya, umat Melayu Islam perlu mencontohi pemimpin pada masa lalu dan bersatu demi rakyat.

"Jika kita berpecah, kita tidak boleh menyatukan orang Melayu dan umat Islam di sini," katanya.

Dr Mahathir berkata, jika orang Melayu dapat menangani sedikit perbezaan pendapat mereka dan memberi tumpuan kepada asas agama, bangsa dan negara, mereka tidak perlu menjadi musuh.

Tags / Kata Kunci: Isma , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan