SK Jalan Pegoh, Batu Muda, Banting Rekod IPU Tertinggi Pagi Ini

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:30 AM

Pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur kelihatan kabur akibat jerebu yang melanda negara. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: SK Jalan Pegoh di Ipoh, Batu Muda, Jalan Tasek di Ipoh dan Banting antara kawasan tertinggi merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi Selasa.

Setakat pukul 8 pagi Selasa, SK Jalan Pegoh merekod IPU 188 iaitu tertinggi dalam status bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Batu Muda di Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 185 diikuti Jalan Tasek di Ipoh (182), Banting (181),  Nilai (179) dan Balok Baru, Kuantan (175).

Kawasan IPU tidak sihat lain meliputi Kemaman (173), Putrajaya (173), Seremban (173), Pelabuhan Klang (171) dan Bukit Rambai di Melaka (171).

Hanya dua kawasan yang merekodkan bacaan baik iaitu Langkawai (35) dan Kangar di Perlis (31).

Kualiti udara dengan bacaan IPU bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).

JAS juga akan menyediakan bacaan IPU pada setiap jam.

Bacaan tersebut boleh diketahui di laman web kementerian dan JAS dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: IPU , JAS

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan