Himpunan Rakyat Bersatu Diteruskan, Perlu Patuhi Undang-Undang - Najib

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 12:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan aman 'Himpunan Rakyat Bersatu' yang dijangka berlangsung Rabu ini, boleh diteruskan, namun perlu mematuhi undang-undang. 



Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

"Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju (we agree to disagree) atas pendirian yang dibentangkan.

"Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 Sept hari yang bukan hari yang sesuai. Saya sebagai Pengerusi BN menghormati pandangan yang disampaikan rakan kita dalam BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin malam.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu, yang pertama diadakan sejak rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok.

Najib, bagaimanapun berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang sedia ada serta mendapat kelulusan tempat oleh pihak berkuasa selain mematuhi arahan polis.

"...semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang danggap hasutan dan perkauman," katanya.

Beliau turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963.

"Tidak boleh berlaku apa-apa pergeseran dan perbalahan. Polis akan memastikan kawalan ketat," katanya, sambil menambah bahawa pada Rabu ini, beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Najib berkata semua pihak seharusnya menzahirkan semangat kekitaan dan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Mengenai situasi jerebu yang melanda negara ketika ini, Najib berkatakerajaan sudah mempunyai garis panduan berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kerajaan akan bertindak berdasarkan situasi.

"Kita ada garis panduan bagi mengatasi peringkat tidak sihat dan sangattidak sihat yang telah ditentukan. Apa-apa kita tunggu (jika ada) pengumuman yang akan dibuat," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Tags / Kata Kunci: Himpunan Rakyat Bersatu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan