Gunung Kinabalu 'Bergerak' Tiap Tahun

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sabah mempunyai jumlah cerun berbahaya paling banyak di Malaysia kerana berlaku pergerakan pada Gunung Kinabalu setiap tahun.

"Jika bercakap mengenai negeri, angka paling tinggi ialah Sabah kerana berdasarkan kajian yang dibuat pakar, Gunung Kinabalu masih bergerak.

"Ia bergerak beberapa sentimeter setiap tahun," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Persidangan Cerun Antarabangsa ke-4, disini.

Beliau mengambil contoh pergerakan bumi di Kundasang yang menyebabkan bangunan di situ dalam keadaan herot.

Bagaimanapun, Fadillah tidak dapat memberi jumlah angka cerun yang berbahaya di Malaysia.

Menurut beliau, lebih daripada 300 cerun berisiko tinggi di sepanjang jalan Persekutuan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai jalan lain kerana ianya bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya telah meminta jurutera Kumpulan Ikram untuk meninjau kawasan yang tidak dikendalikan Jabatan Kerja Raya.

Selain itu, Fadillah berkata, sebanyak RM383.6 juta diperuntukan kementerian itu untuk menyelenggara jalan dan kawasan yang terjejas disebabkan banjir, Disember lepas.

Beliau berkata, sebanyak RM173 juta digunakan untuk jalan yang sering dilanda banjir dan RM40 juta untuk menangani masalah cerun tahun ini.

Mengenai musim tengkujuh tahun ini, katanya, adalah sukar untuk menentukan kawasan mana yang akan terjejas.

"Sebelum ini pada 2006, ketika semua orang bersedia menghadapi banjir di Pantai Timur, berlaku banjir yang tidak dijangka di Johor," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sabah , Gunung Kinabalu , Fadillah Yusof

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan