Operasi Pembenihan Awan Di Sarawak Hingga 25 September

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Operasi pembenihan awan di negeri ini yang bermula hari ini akan diteruskan sehingga 25 September, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Menurut kenyataan jawatankuasa itu, langkah pembenihan awan perlu memandangkan Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei masih terjejas oleh jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan Barat, Indonesia.

Ia menyatakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengaktifkan pelan tindakannya bagi mengurangkan kesan negatif jerebu dengan menjalankan operasi itu.

"Ia merupakan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan dibantu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lembaga Air Kuching dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"TUDM menyediakan sebuah pesawat C130 dengan 17 anggota diketuai Lt Kol Suresh K.Vijayaratnam untuk melaksanakan operasi itu," katanya.

Jawatankuasa itu turut merayu orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

"JAS dan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melakukan pembakaran terbuka," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan negeri melaporkan berlaku kenaikan 30 peratus dalam bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan penyakit berkaitan jerebu di Bahagian Kuching dan Sri Aman.

Orang ramai juga dinasihat supaya minum banyak air, memakai topeng sesuai semasa berada di luar rumah dan mengurangkan aktiviti di luar. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sarawak , pembenihan awan , JAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan