Semangat Patriotik Iringi 'Kelahiran' Amanah Esok - Berita Semasa | mStar

Semangat Patriotik Iringi 'Kelahiran' Amanah Esok

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 2:00 PM

Pengerusi penaja Amanah, Mohamad Sabu (duduk, empat dari kiri) ketika mengumumkan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia di ibu negara baru-baru ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas 37 tahun ditubuhkan, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia akhirnya akan dijenamakan semula untuk kembali aktif dalam arena politik nasional.

Bakal menggunakan nama baharu - Parti Amanah Negara (Amanah), ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada PAS apabila menggunakan Islam sebagai teras perjuangan.

Setiausaha Penaja Amanah, Anuar Tahir bagaimanapun berkata, pendekatan yang bakal digunakan parti berkenaan berbeza dengan PAS apabila mengamalkan konsep terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak, termasuk bukan Islam.

"Kita lebih inklusif, Amanah terbuka untuk semua tanpa mengira kaum mahupun agama. Lebih-lebih lagi konsep Islam yang diketengahkan Amanah akan turut memberi manfaat kepada semua pihak," katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Tambah Anuar, tarikh pelancaran rasmi Amanah turut mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

"Sebenarnya esok adalah acara anjuran Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Pada majlis itu nanti akan diadakan pelancaran rasmi proses penjenamaan semula termasuk nama dan logo baharu parti.

"Majlis pelancarannya akan diadakan dalam semangat patriotik dan penuh warna warni sebagai meraikan kepelbagaian di negara kita," katanya.

Pelancaran Amanah akan diadakan pada Rabu di bangunan Kompleks Konvesyen Pameran Perabot (IDCC) Shah Alam.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar yang gagal memenangi kerusi yang ditandinginya iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way pada Pilihan Raya Umum ke-5.

Penubuhan Amanah diusahakan bekas pimpinan PAS dari kumpulan progresif yang disingkirkan daripada parti itu pada pemilihan Jun lalu.

Pada ketika ini Amanah diketuai Pengerusi Penaja, Mohamad Sabu yang turut gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS.

Menurut Anuar, pada majlis berkenaan akan diadakan simbolik penyerahan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada kepimpinan baharu oleh anak kepada pengasas parti berkenaan.

Mengulas mengenai sambutan terhadap Amanah, Anuar berkata, sehingga kini sebanyak lebih 30,000 borang keahlian siap diproses menjelang pelancaran rasmi esok.

"Sebanyak 50,000 borang keahlian sudah dikeluarkan. Alhamdulilah sambutan dan minat yang ditunjukkan kepada Amanah adalah sangat baik.

"Kita yakin sasaran awal untuk mengumpul seramai 100,000 ahli menjelang Disember ini akan tercapai," katanya.

Tags / Kata Kunci: Parti Amanah Negara , Anuar Tahir
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan