TPM Ziarah Jenazah Khairuddin Che Long

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 12:47 PM

Ahmad Zahid (duduk bersongkok) meluangkan masa menziarahi jenazah Khairuddin di Subang Jaya, Isnin

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarah jenazah bekas Timbalan Pengarah Hal Ehwal Semasa Radio Televisyen Malaysia (RTM), Khairuddin Che Long pagi Isnin.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di kediaman  rakannya semasa bekerja sambilan di Wisma Radio di SS18 Subang Jaya pada pukul 11 pagi.

Khairuddin, 64, didiagnos menghidap 'Chronic Obstructive Pulmonary Disease' (COPD) pada 2011 apabila batuk yang dihidapinya tidak sembuh.

Adik iparnya, Wan Azizah Wan Omar berkata, Allahyarham dibawa isteri dan anak sulungnya Syuhaidah Hidayah ke Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) di sini untuk mendapatkan rawatan susulan pada malam Ahad.

Bagaimanapun, katanya, abang iparnya itu menghembuskan nafas terakhir di SDMC di sini pada pukul 11 malam, Ahad.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas Zohor," katanya ketika dihubungi.

Khairuddin yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan isteri Wan Hanisah Wan Omar, 62, yang juga merupakan bekas Penerbit Rancangan RTM serta empat anak.





iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan