Jerebu: Sekolah Tutup Apabila Tahap IPU 200 - Mahdzir Khalid - Berita Semasa | mStar

Jerebu: Sekolah Tutup Apabila Tahap IPU 200 - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 9:10 PM

Mahdzir Khalid

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Sekolah-sekolah akan hanya ditutup apabilaIndeks Kualiti Udara (IPU) mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

"Itu permintaan dia (daripada PIBG supaya kadar IPU itu diturunkan kepada150), kita ada prosedur sendiri yang sememangnya ditetapkan begitu. Saya tidak kata tidak boleh tetapi prosedur memang begitu," katanya kepada pemberitadi sini, Isnin.

PIBG meminta kadar IPU bagi sekolah-sekolah ditutup diturunkan kepada 150 daripada 200 kerana keadaan berjerebu telah menjejaskan tahap kesihatan murid.

Mahdzir berkata, pihak sekolah perlu memastikan tahap keselamatan murid-murid sekiranya mereka memutuskan untuk menutup sekolah itu selepas tahap IPU melebihi 200.

Guru-guru besar dan pengetua katanya, perlu memaklumkan kepada PIBG dan keluarga murid-murid tentang penutupan sekolah akibat jerebu sebagai langkah bagi menjamin keselamatan mereka.

"Pengurusan sekolah perlu memastikan keselamatan murid-murid dengan mengumpulkan mereka di dalam bilik-bilik darjah terlebih dahulu, memaklumkan kepada PIBG dan keluarga mereka," katanya.

Pihak sekolah menurutnya, perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada untuk memastikan keselamatan murid-murid.

Terdahulu, Mahdzir menyaksikan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Uniutama Property Sdn Bhd, anak syarikat Universiti Utara Malaysia dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

MoU itu adalah untuk membolehkan Uniutama membangunkan sebidang tanah milik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jalan Haji Hussein, Chow Kit dengan membina Fakulti Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, UUM dan sebuah hotel setinggi 12 tingkat.   

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan