Sekolah Di Kawasan IPU Lebih 200 Perlu Ditutup

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekolah perlu ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesebuah kawasan melebihi 200, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam kenyataan hari ini Kementerian Pendidikan memaklumkan, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150.

Kenyataan itu menyebut guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

"Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan," menurut kenyataan itu di sini.

Kementerian Pendidikan memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini IPU di kawasan-kawasan yang melebihi bacaan 100.

Semua guru besar dan pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my

Pihak pentadbir sekolah juga perlu akur kepada surat siaran yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 dan surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 26 Feb 2014 serta masih berkuat kuasa, katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: IPU , jerebu , sekolah , Kementerian Pendidikan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan