PM Umum Langkah Galak Pelancongan, Kecuali Visa Pelancong Berkumpulan China

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan beberapa langkah penggalakkan untuk sektor pelancongan termasuk pengecualian visa kepada pelancong dari China dan rancangan membangunkan produk ikonik negara.

Najib, dalam sidang media khas berkaitan ekonomi di sini, mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara Asean, China dan India.

Beliau turut mengumumkan pengecualian visa kepada pelancong dari China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober tahun ini sehingga 31 Mac tahun depan.

"Selanjutnya pemberian visa akan dipermudahkan kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa," katanya.

Najib juga mengumumkan pembangunan produk ikonik negara termasuk memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral melibatkan kos RM1.1 bilion.

"Ini adalah untuk memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun depan dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta," katanya.

Najib turut mengumumkan pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort, yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek fasa 1 sebanyak RM4.5 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan industri pelancongan kesihatan yang banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diperhebatkan.

"Langkah-langkah yang terperinci akan diumumkan dalam Bajet 2016 kelak," katanya.

Najib akan membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , China , pelancong

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan