'Baju Merah' Dibenarkan Berhimpun - KPN

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan membenarkan perhimpunan 'baju merah' dibenarkan selepas penganjur mengemukakan permohonan untuk menggunakan Padang Merbok, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Saya tidak pernah bersetuju dengan demonstrasi jalanan tetapi penganjur mematuhi undang-undang.

"Kita membenarkannya kerana keutamaan kita ialah keselamatan semua," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Ditanya sama ada peserta dibenarkan untuk berarak di sekitar ibu negara, termasuk Bukit Bintang, Khalid berkata, akta itu tidak melarangnya.

"Seperti Bersih 4.0, kita tidak menghalang sesiapa untuk berarak.

"Kita menggerakan anggota yang ramai pada Rabu ini kerana akan ada perarakan," katanya.

Beliau menambah, pihak penganjur akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang tidak diingini.

"Saya harap penganjur dan peserta akan berhati-hati dan tidak salah laku atau bertindak ganas.

"Kita juga akan memantau ucapan dan tindakan mereka yang terlibat," kata Khalid.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lampu hijau kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

Pada Sabtu lalu, hanya satu perhimpunan yang disahkan akan diadakan pada 16 September ini, anjuran Pesaka.

Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.

Tags / Kata Kunci: baju merah , Khalid Abu Bakar , Pesaka

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan