Bai'ah Talak 'Cederakan' PAS - Khalid Samad

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu bai'ah taklik talak tiga yang dipertaruhkan PAS bagi menjaga kepentingan politiknya sehingga sanggup melihat kemusnahan istitusi kekeluargaan hanya akan merugikan dan merosakkan imej parti Islam itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin sikap sedemikian didorong oleh rasa marah dengan hasrat mahu menjatuhkan maruah bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti secara beramai-ramai.

"Ia sepatutnya isu dalaman, tak perlu dihebohkan. Tapi dalam keadaan mungkin kerana marah terhadap Ahli Parlimen dan Adun yang meninggalkan PAS dan bersama dengan Amanah, maka nak jatuhkan imej kami yang keluar, persoalan bai'ah dan langgar bai'ah ini dimainkan.

"Tetapi sebenarnya saya merasakan bahawa ianya mencederakan PAS lebih teruk berbanding kami," katanya dalam temubual bersama mStar Online baru-baru ini.

Menurut Khalid yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa penaja Parti Amanah Negara (Amanah), PAS gagal memahami keperluan sebenar bai'ah dalam menuntut ketaatan dan kesetiaan setiap wakil rakyatnya.

Jelas Khalid, PAS berpendirian bahawa kesetiaan kepada parti adalah perkara paling utama berbanding tanggungjawab seseorang wakil rakyat terhadap pengundinya.

Justeru tegas Khalid, beliau terpaksa mencari haluan baharu bersama Amanah bagi memastikan tanggungjawab yang digalasnya selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Memang kita sudah bersumpah, berjanji atas nama Allah bahawa kita tak akan lari daripada parti. Itu kita tak nafi, itu fakta. Tetapi masalahnya parti dah berubah haluannya.

"Bagi diri saya, saya diundi oleh orang yang menyokong perjuangan Islam dan orang yang menyokong Pakatan Rakyat. Lalu untuk memenuhi tanggungjawab kepada dua-dua kelompok ini, maka saya tak boleh lakukan melalui PAS.

"Rakyat menilai bahawa Ahli Parlimen dan Adun kena berkhidmat kepada rakyat, mereka undi bukan supaya kamu setia kepada parti. Tapi PAS mengambil sikap bahawa kesetian kepada parti adalah yang terpenting," katanya.

Khalid Samad

Tambah Khalid, beliau kecewa apabila PAS sanggup melihat bekas pimpinannya ditimpa musibah hanya kerana mereka berbeza pandangan.

"Kesetiaan kepada parti tak relevan kepada rakyat, ini yang pimpinan PAS tak faham. Awak tekan sampai nak orang cerai berai, dilaknat sedangkan bagi kami (rakyat) puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, akhirnya PAS yang rugi.

"Bukan saya nak PAS ini rosak, pecah atau musnah. Kamu nak cara kamu, kamu teruskan. Biar kita buat cara kita. dan kita tengok mana yang lebih baik," katanya.

Bai'ah kembali menjadi polemik apabila timbul isu taklik menceraikan isteri dengan talak tiga melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika mengangkat bai'ah PAS di Kelantan pada 2013.

Dalam bai'ah tersebut, dikatakan setiap wakil rakyat PAS di Kelantan yang mengambil keputusan keluar daripada parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob meminta Dr Hatta merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam isu bai'ah tersebut.

Jelas Ahmad, lafaz taklik yang dibuat Hatta itu terpakai, sekali gus menganggap hubungannya dengan isterinya terbatal.

Dr Hatta merupakan antara 10 bekas wakil rakyat PAS yang bertindak keluar parti secara beramai-ramai bagi menyertai Amanah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan