Jemaah Haji Malaysia Abdul Muluk Ditemui Selamat - Berita Semasa | mStar

Jemaah Haji Malaysia Abdul Muluk Ditemui Selamat

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 12:03 AM

Abdul Muluk Ishak, 71, ditemui selamat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Seorang jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, 71, yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu, ditemui selamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Abdul Muluk yang berasal dari Pantai Remis ditemui selamat selepas dilaporkan tersasar ke hotel jemaah Thailand pada Jumaat lalu.

"Abdul Muluk merupakan seorang yang mudah lupa. Pada hari kejadian Jumaat, beliau tersasar ke hotel jemaah Thailand dan pihak muassasah Thailand telah menghantar beliau baharu sahaja ini ke Andalusia (pejabat agensi pengurusan haji tempatan) dan beliau dijemput ke ibu pejabat Tabung Haji (di Makkah) untuk pengesahan.

"Saya sahkan Abdul Muluk Ishak yang termasuk dalam senarai lapan (jemaah Malaysia yang hilang) telahpun dijumpai," katanya pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada lewat malam Ahad.

Abdul Muluk merupakan antara lapan jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.

Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban.

Empat jenazah yang dikenal pasti ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 (Tanah Merah, Kelantan); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).

Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).

Tags / Kata Kunci: Abdul Muluk Ishak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan