Kren Tumbang: Seorang Jemaah Haji Malaysia Disahkan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Jemaah haji warga Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat oleh Tabung Haji yang membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. 

"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya pada sidang media tergempar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini, malam Ahad.

"Saya bagi pihak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kerajaan Malaysia dan Tabung Haji ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah dan kami semua amat berduka cita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris," katanya.

Tambahnya, ahli keluarga dan waris Allahyarhamah Rusiah diminta supaya bersabar dan tabah dengan dugaan yang dihadapi mereka.

Jamil Khir berkata, berita mengenai pengesahan jenazah telah dimaklumkan kepada waris keluarga melalui Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Marilah kita sama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Mengenai proses pengecaman jenazah, Jamil Khir berkata, pasukan perubatan Tabung Haji membuat proses pengecaman di bilik jenazah pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia).

Katanya, proses pengecaman berdasarkan pengencaman diri, buku rekod kesihatan dan pas serta gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya diperlukan.

Dalam pada itu, Jamil Khir menasihatkan semua waris jemaah haji yang lain supaya bersabar dan berdoa kerana Tabung Haji di Makkah akan terus berusaha mencari mangsa-mangsa di hospital berdekatan. 

Beliau menambah, pihaknya juga akan memastikan proses pengecaman jenazah diselesaikan secepat mungkin. 

"Tabung Haji akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Tabung Haji juga ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di tanah suci turut bertenang dan bersabar," kata Jamil Khir.

Rusiah merupakan antara lapan jemaah Haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.

Tujuh lagi jemaah yang gagal dikesan sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Abdul Muluk Ishak, 71, (Pantai Remis, Perak).

Lima daripada 10 jemaah Malaysia yang cedera telah dibenarkan pulang ke tempat penginapan masing-masing. Lima lagi jemaah Malaysia yang cedera masih dirawat dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan