Anak Harap Ibu Ditemui Selamat Di Makkah

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGKAI: "Saya harap yang terbaik agar ibu ditemui dalam keadaan selamat," demikian luahan hati anak kepada jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar.

Rusiah, 56, yang ditemani rakannya mengerjakan ibadah haji, dilaporkan antara lapan jemaah Malaysia yang masih hilang dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat.

Nor Haizan Ahmad Badri, 34, berkata beliau hanya mengetahui mengenai keadaan ibunya yang masih gagal dikesan berikutan kejadian itu, selepas menerima panggilan daripada pihak Tabung Haji, petang Sabtu.   

"Saya hanya mengetahui kejadian itu (kren tumbang) ketika menonton berita. Saya kemudian menghubungi ibu untuk bertanyakan keadaannya, namun panggilan tidak berjawab. "Saya terus menghubunginya tetapi masih juga tidak berjawab," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Gunung Besout 2, di sini, Sabtu.

Nor Haizan berkata sebelum ini, beliau menghubungi ibunya setiap hari dan mereka berbual seperti biasa.

"Kali terakhir kami berborak pada Khamis lepas. Sekarang, kami hanya menunggu panggilan daripada Tabung Haji untuk sebarang maklumat terkini," katanya.   

Sementara itu, adiknya, Nor Baizura, 27, berkata, dia berharap agar ibunya akan ditemukan semula dalam keadaan selamat.

"Rasa sedih sebab tidak tahu keadaannya dan berdoa agar semuanya selamat.

"Semua adik beradik sudah diberitahu dan kami akan berkumpul di rumah kakak di Kuala Selangor, sebelum ke ibu pejabat Tabung Haji untuk mendapatkan perkembangan terkini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Makkah , Rusiah Suar

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan