Makkal Sakti Berjanji Terus Taat Setia Kepada Kepimpinan PM

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 10:12 PM

Najib (dua,kanan) meneliti memorandum Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) yang diserahkan oleh R. S. Thanenthiran (dua,kiri) pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-7 MMSP di Kuala Lumpur, Ahad. Turut hadir Timbalan Presiden MMSP, Datuk R. K. Ramesh (kanan) dan Setiausaha Agung MMSP, S. Sutager. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Makkal Sakti pada Ahad berjanji akan terus taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk R.S Thanenthiran berkata keseluruhan anggota parti mesra BN itu mengagumi keberanian dan kewibawaan Perdana Menteri dan BN dalam melaksanakan Pelan Transformasi Negara, meskipun terpaksa melalui pelbagai cabaran.

"Makkal Sakti bersama Datuk Seri dalam apa jua dugaan dan akan menjadi perisai pelindung Datuk Seri," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ketujuh di sini, Ahad.

Perhimpunan itu dirasmikan Najib dan dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Makkal Sakti ditubuhkan pada 11 Mei 2009 dan dirasmikan Perdana Menteri pada Oktober tahun yang sama. 

Dalam pada itu, Thanenthiran berharap parti itu yang kini dianggotai lebih 120,000 anggota akan terus diberi kepercayaan untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan masyarakat India terhadap kerajaan.

Pada majlis itu, beliau membacakan enam resolusi yang dicadangkan pada perhimpunan itu untuk perhatian Perdana Menteri.

Intipati resolusi termasuk menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN, mengesyorkan pelantikan pemimpin parti sebagai menteri dalam kabinet dan mempertimbangkan pelantikan pemimpin parti dalam Jawatankuasa Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Tempatan serta agensi kerajaan. 

Selain itu, mereka turut meminta kerajaan memberikan kelulusan segera untuk pembinaan sekolah menengah Tamil, menyediakan dana khas bagi membayar wang pendahuluan (subsidi) pembelian rumah untuk masyarakat India di bawah Projek Perumahan Mampu Milik Malaysia (PR1MA) dan permohonan dana khas RM300 juta untuk pembangunan masyarakat India.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan