Terkini: Lapan Jemaah Haji Malaysia Hilang

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Jumlah jemaah Malaysia yang masih belum dapat ditemui meningkat kepada lapan, demikian menurut Tabung Haji. Lapan mereka tidak dapat dikesan susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, pada Jumaat.

Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk di Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka sedang mencari bantuan daripada Muasassah Asia Tenggara untuk membantu dalam mencari jemaah yang hilang.

Beliau berkata, 10 rakyat Malaysia yang cedera berada dalam keadaan stabil.

"Tiga sedang dirawat di hospital di sana, enam di pusat rawatan Tabung Haji, manakala seorang lagi telah dibenarkan keluar," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Tabung Haji pada Sabtu.

Jamil Khir berkata, Tabung Haji mempunyai 251 orang pegawai kesihatan termasuk pakar untuk merawat  jemaah-jemaah haji yang cedera dan sakit.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) berikutan ribut pasir dan hujan lebat.

Beliau berkata seramai 30 orang lagi kakitangan Tabung Haji dihantar serta-merta ke tempat kejadian.

"Pasukan  perubatan kami juga mencari mangsa dari Malaysia di setiap hospital di kawasan itu.

"Pada masa yang sama, kami juga menjalankan pengiraan seorang demi seorang sehingga jam 4 pagi.

"Dan di situlah kami dapati terdapat enam rakyat Malaysia hilang," katanya.

Pukul 6 petang Sabtu, ketua delegasi Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan dua lagi jemaah haji telah hilang, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lapan.

Wartawan Bernama Mohd Shukri Ishak, yang membuat liputan haji di bawah program Tabung Haji, berkata hujan lebat pada Jumaat adalah yang keempat dalam tempoh satu bulan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memberi bantuan segera kepada jemaah haji Malaysia yang cedera.

"Saya difahamkan bahawa beberapa jemaah haji Malaysia cedera. Bantuan akan diberikan secepat mungkin," kata Najib yang disiarkan melalui akaun Twitter beliau pada Sabtu.

Gambar-gambar kejadian itu,  telah dikongsi melalui Twitter, menunjukkan keadaan mangsa badan berlumuran darah di kawasan kren terjatuh.

Klip video memaparkan orang ramai menjerit dan berlari selepas bunyi dentuman kuat. Lebih daripada dua juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul di kota suci bagi menjalankan haji tahunan.

Keluarga jemaah boleh menghubungi hotline Tabung Haji 03-6207 1919 untuk maklumat lanjut.

Berikut senarai nama lapan jemaah Malaysia yang masih belum dapat dikesan:

1. Siti Nurolshlizan Zolkifli,37 - Tanah Merah, Kelantan

2. Shahidan Saad, 52 - Kodiang, Kedah

3. Rohana Ismail, 54 - Kuala Krai, Kelantan

4. Abdul Habib Lahman,68 - Sik, Kedah

5. Zainun Taha,69  - Ampang, Selangor

6. Munah Jusoh,73 - Cherang Ruku, Kelantan.

7. Abdul Muluk Ishak, 71 - Pantai Remis, Perak

8. Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Mekah , Masjidil Haram , Kren

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan