Jerebu: Operasi Penerbangan Di KLIA, KLIA2 Berjalan Seperti Biasa

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 10:27 PM

Jarak penglihatan di ruang udara di KLIA2 kabur dan terbatas ekoran dicemari jerebu yang semakin buruk pada Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berjalan seperti biasa walaupun keadaan jerebu yang melanda Malaysia bertambah buruk, khususnya di beberapa kawasan sekitar kedua-dua lapangan terbang. 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar KLIA dan klia2 seperti Banting, Nilai dan Putrajaya mencapai bacaan tahap tidak sihat, iaitu antara 100 hingga 200.

Sehingga pukul 6 petang Ahad, Banting merupakan kawasan paling teruk dilanda jerebu dalam negara dengan bacaan 170 manakala Nilai (164) dan Putrajaya (157).

Menurut jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd, sehingga 6 petang Ahad, tiada penerbangan yang terjejas akibat keadaan jerebu. 

"Semakan pada operasi terminal A kami, tiada penerbangan yang tertangguh kerana jerebu tetapi ada penangguhan penerbangan kerana isu operasi biasa. 

"Sehingga kini, keadaan jerebu yang melanda negara tidak menjejaskan operasi penerbangan...semua berjalan seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Tinjauan Bernama di sekitar klia2 dan KLIA diselubungi jerebu manakala jarak penglihatan kira-kira dua kilometer sahaja. 

Seorang juruterbang yang enggan namanya disiarkan, berkata keadaan jerebu yang melanda negara ini tidak menjejaskan operasi penerbangan. 

"Keadaan berjerebu di sini agak teruk tetapi jerebu bukanlah masalah melainkan ribut dan hujan lebat kerana ia akan mengganggu operasi.

Walaupun jarak penglihatan yang agak rendah berikutan keadaan jerebu, namun ia masih selamat untuk berlepas dan mendarat," katanya ketika ditemui. 

Salah seorang penumpang, Atiqah Shuib, 33, seorang kerani, melahirkan perasaan bimbang berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di sekitar klia2. 

"Saya risau penerbangan saya akan dibatalkan dan ia akan menjejaskan percutian sekeluarga saya," katanya.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk mengeluarkan amaran jerebu kepada kapal dan pesawat yang beroperasi di semua lapangan terbang dan pelabuhan. 

Liow berkata, bagi pesawat, sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 600 meter, maka pendaratan di lapangan terbang sangat berbahaya.

Tags / Kata Kunci: jerebu , IPU , KLIA , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan