Dewan Pemuda PAS Terkilan PKR Terima Keahlian Wakil Rakyatnya - Nik Abduh

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 6:20 PM

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas pada Ahad melahirkan rasa terkilan dengan tindakan PKR menerima keahlian wakil rakyatnya yang menyertai parti itu dan tidak menghormati hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan PKR itu jelas bertentangan dengan dasar dipegang PAS dalam PR yang tidak akan menerima keahlian parti rakan sesama pakatan.

"Sikap PAS apabila berada di dalam Pakatan Rakyat adalah kita menghormati hubungan sesama kawan dalam pakatan dan tidak akan menerima keahlian wakil rakyat parti kawan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja DPPM keempat di ibu pejabat PAS Pusat di sini, Ahad.

Jumaat lepas, anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memgumumkan mereka keluar daripada PAS dan sah menyertai PKR.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata, Kamaruddin mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengapa beliau menyertai PKR dan tidak melompat ke Parti Amanah Rakyat namun yang pasti Kamaruddin tidak terlepas daripada sumpah bai'ah yang ditanggung semua wakil rakyat PAS.

"Wakil rakyat PAS yang telah melompat parti tetap akan menanggung bebanan yang sama dalam sumpah bai'ah yang telah dilafazkan," katanya. 

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, parti itu sedia menerima keahlian mana-mana anggota DAP yang ingin menyertai PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu telah putus. 

"Kalau ada ahli DAP yang mahu menyertai PAS kita (ucap) 'ahlan wasahlan' (selamat datang). Baru-baru ini juga ada kes di mana bekas naib pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, menyertai PAS dan kita terima beliau selepas kita putus hubungan dengan DAP," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan