Tiada Masalah Guna Nama, Akan Runding Dengan RoS - Pemimpin Amanah

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) kekal dengan pendirian mereka bahawa tiada masalah untuk menggunakan nama parti berkenaan walaupun masih belum mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, parti itu telah mematuhi prosedur bagi menukarkan nama daripada Persatuan Pekerja-pekerja Malaysia.

"Semua ini dilakukan mengikut prosedur, menerusi mesyuarat agung luar biasa yang kita adakan, dan RoS sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangannya," katanya pada Ahad.

RoS dilaporkan berkata, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan.

Mengenai perkara itu, Anuar berkata, pihaknya akan mengaturkan satu pertemuan dengan RoS pada Isnin bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai status Amanah sebagai parti.

"Kita akan berunding dengan mereka dari segi undang-undang, bagi melihat sama ada terdapat sebarang batasan untuk menggunakan nama itu. Saya tidak fikir terdapat isu mengenainya," katanya.

Terdahulu, Amanah melancarkan bahagian Wilayah Persekutuannya walaupun pertukaran nama masih belum mendapat lampu hijau daripada RoS.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, sebarang keputusan hanya akan diketahui selepas mengadakan pertumuan dengan RoS.

"Setakat ini, tiada masalah untuk menggunakan nama Parti Amanah Negara. Tetapi kita masih akan berunding dengan RoS," katanya.

Parti itu dijangka dilancarkan pada 16 September ini.

Tags / Kata Kunci: Amanah , Parti Amanah Negara , RoS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan