Tiada Permit Untuk Perhimpunan "Baju Merah"

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 11:20 AM

Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada permit akan dikeluarkan untuk perhimpunan "baju merah" pada 16 September ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Setakat ini, kami mungkin akan pertimbangkan jika ia diadakan di kawasan tertutup," katanya.

Beliau juga telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan demonstrasi jalanan.

Bercakap pada program Sukarelawan Malaysia 2015 di Kelab Sultan Sulaiman di sini, Tengku Adnan berkata, peserta perhimpunan itu juga tidak dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka.

"Jika penganjur mahu menggunakan Padang Merbok atau mana-mana stadium, mereka perlu kemukakan permohonan, tetapi kami tidak akan benarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka," katanya.

Tengku Adnan menambah, penganjur juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan iaitu demonstrasi tidak dibenarkan di Bukit Bintang atau Chow Kit.

Beliau berkata, pihak polis akan menyiasat lebih lanjut sebarang tindakan peserta demonstarasi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan