"Stun Gun" Dijual Secara Terbuka Di Pasar Malam, Kedai Elektronik

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

GEORGE TOWN: "Stun gun" atau senjata kejutan elektrik amat mudah untuk diperolehi, walaupun adalah menjadi satu kesalahan sekiranya memilikinya tanpa permit.

Alat tersebut boleh didapati di pasar malam dan kedai elektronik di Pulau Pinang.

Malah sesiapa sahaja boleh memilikinya dengan harga serendah RM40.

Walaupun selama ini senjata tersebut digunakan untuk tujuan mempertahankan diri, penjenayah turut mendapati ia amat berguna untuk mereka.

Pada Ahad lalu, perompak menggunakan senjata tersebut untuk melumpuhkan seorang wanita di sini sebelum melarikan beg tangan mangsa.

Tinjauan The Star pada Selasa mendapati betapa mudahnya untuk membeli alat tersebut.

Hanya dengan pertanyaan selama sejam membawa kepada maklumat mengenai pemborong senjata tersebut yang beroperasi di George Town.

Seorang wartawan dan jurugambar melakukan penyamaran dengan berpura-pura mahu membeli senjata tersebut untuk teman wanitanya.

Manakala seorang lagi menyamar sebagai peniaga di pasar malam yang ingin membeli senjata itu secara pukal.

Penyamaran itu tidak sia-sia.

Pemborong tersebut membawa mereka ke sebuah rak berhampiran dengan pintu masuk kedai tersebut yang menempatkan kira-kira 50 kotak dipenuhi  senjata berkenaan.

"Saya ada dua model, jenis 800 yang berharga RM40 dan jenis 669 berharga RM50. Jika anda beli satu, saya beri diskaun RM1. Jika anda beli sedozen, saya beri separuh harga," kata pemborong itu.

Kedua-dua model senjata tersebut bersaiz seperti telefon bimbit mini dan boleh digenggam antara telapak tangan.

Senjata tersebut memiliki mentol lampu LED yang bertindak sebagai lampu suluh.

Tulisan pada kotak senjata tersebut mendapati senjata itu buatan negara China.

Maklumat voltan kedua-dua jenis model senjata itu mengelirukan.

Slip maklumat penggunaan senjata itu turut menyatakan ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah jantung atau mana-mana bahagian penting pada badan.

Apabila anda terkena renjatan senjata itu, semua otot akan menggigil dan akan menjadi lumpuh.

Seorang pelatih anjing di sini yang enggan namanya didedahkan mengakui dia membeli senjata tersebut untul latihan ketaatan haiwan itu pada tahun lalu.

"Saya cuba meletakkan ia di kaki untuk beberapa saat dan renjatannya amat kuat. Untuk melumpuhkan orang, saya rasa anda perlu meletakkannya beberapa saat di leher atau dada," kata jurulatih itu.

Berbeza dengan taser gun, senjata ini perlu ditekan kepada sasaran.

Menurut carian di Internet, lokasi terbaik untuk menyasarkan alat tersebut adalah di bahu, pinggang, paha, punggung dan bawah tulang rusuk.

Namun seorang pesara tentera di Shah Alam yang membeli lima stun gun beberapa tahun lalu, merasakan alat itu tidak praktikal sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

"Saya membeli lima alat itu pada harga RM90 setiap satu untuk isteri dan anak-anak saya. Sekiranya kami terlupa mengenainya selama dua bulan atau lebih, baterinya akan kurang. Dalam masa kurang setahun, baterinya akan mati dan tidak boleh dicas semula," katanya.

Di Petaling Jaya, polis berkata menjual dan memiliki stun gun dan taser gun tanpa permit adalah salah di bawah Akta Senjata 1960.

Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh berkata Seksyen 11 akta tersebut menyebut bahawa tiada sesiapapun kecuali peniaga berlesen dibenarkan menjual atau memindahkan mana-mana senjata atau peluru.

"Sekiranya didapati bersalah dibawah akta tersebut boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.


Tags / Kata Kunci: stun gun

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan