Bankrap: Pemuda Umno Rasah Mohon Penjelasan RoS

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 9:00 AM

Syed Zaki (dua, kiri) memegang surat memohon penjelasan status Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah, Hassan Yop di Ibu Pejabat ROS, Putrajaya pada Jumaat. Turut serta Azizan (kiri), Mohamad Zuraidi (dua, kanan) dan Nizak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda Umno Bahagian Rasah memohon penjelasan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung status ketua sayap bahagian itu, Hassan Yop yang didakwa bankrap.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Rasah, Syed Zaki Al’Atas berkata, status ketua pergerakan itu dikesan pada 24 Ogos lalu menerusi notis kebankrapan yang disiarkan sebuah akhbar.

Menurutnya, penjelasan lanjut daripada RoS itu dibuat bagi mengetahui kedudukan Hassan ketika menghadiri mesyuarat pergerakan di bahagian itu pada 3 Ogos lalu dan mesyuarat perwakilan Umno Rasah pada 8 Ogos lalu.

“Mengikut peruntukan Akta Pertubuhan telah menjelaskan bahawa sesiapa yang diisytiharkan bankrap akan hilang kelayakan memegang semua jawatan dalam pertubuhan.

“Ini bermakna sekiranya Hassan diisytiharkan bankrap, beliau secara automatik gugur jawatannya termasuk Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Pada Jumaat, Syed Zaki yang ditemani dua AJK Pemuda Umno Bahagian Rasah, Azizan Omar dan Nizak Ali Fakir Mohamad serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Seremban Jaya Selatan, Mohamad Zuraidi Samarudin hadir ke ibu pejabat RoS, Putrajaya bagi mengemukakan surat permohonan penjelasan berhubung status kebankrapan Hassan.

Surat berkenaan yang ditujukan kepada Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah disampaikan kepada seorang pegawai penyiasat jabatan itu.

Syed Zaki berkata, apa yang menjadi persoalan ialah Hassan mengambil sikap berdiam diri tanpa memaklumkan tentang status kebankrapan itu kepada akar umbi.

“Ia (status kebankrapan) sudah tentu memberi kesan kepada status mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian sebelum ini. Mesyuarat mungkin terbatal dan semuanya akan terganggu dan menyusahkan semua orang.

“Tetapi kenapa empunya diri tidak tampil memberitahu kepada ahli-ahlinya? Beliau menghadiri mesyuarat, ke sana ke sini... seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Hassan sendiri, Syed Zaki berkata, percubaannya tidak berhasil sambil mendakwa bahawa perkara itu seperti sengaja disembunyikan daripada pengetahuan akar umbi.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada pejabat Pemuda Umno Bahagian Rasah dan diterima pada Isnin lalu, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang penjelasan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun menerusi maklum balas surat tuntutan yang sama dihantar kepada Pemuda Umno Pusat, perkara itu telah dipanjangkan kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof pada Isnin lalu bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status tersebut berdasarkan perlembagaan parti dan peraturan Pemuda Umno.

Dalam pada itu, Syed Zaki turut meminta supaya Hassan sendiri tampil memperjelaskan kedudukan sebenarnya di peringkat akar umbi.

“Kita mahu dia perjelaskan kedudukannya sendiri dengan mengambil kira etika, profesionalisme dan tanggungjawabnya. Kita hendak tahu apa yang berlaku,” katanya. 

Setakat ini, usaha untuk menghubungi Hassan bagi mengulas mengenai perkara ini belum berhasil.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan