Najib Ucap Tahniah Kepada PM Singapura - Berita Semasa | mStar

Najib Ucap Tahniah Kepada PM Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan dari Singapura, Lee Hsien Loong atas kejayaan partinya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum republik itu semalam.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Lee Hsien Loong dan mengucapkan tahniah atas kejayaan PAP dalam Pilihan Raya Umum Singapura, semalam," katanya Najib dalam akaun Twitternya pada Sabtu.

Najib berkata mereka berdua berharap untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang tersedia kukuh dan mesra antara dua negara.

PAP mengekalkan kuasa untuk memerintah negara republik itu dengan memenangi 83 daripada 89 kerusi Parlimen.

Parti itu memperoleh 69.86 peratus undi popular iaitu peningkatan 10 peratus berbanding pencapaian pada pilihan raya umum 2011.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Lee Hsien Loong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan