Himpunan Rakyat Bersatu, "Baju Merah" Tak Sama - Ali Rustam

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka Malaysia), Tan Sri Mohd Ali Rustam menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini tiada kaitan dengan perhimpunan "baju merah" atau Himpunan Maruah Melayu.

"Lokasi kita di Padang Merbok. Kalau ada yang nak lalu Jalan Bukit Bintang, nak lalu Masjid Negara, Jalan Parlimen saya tak tahulah, mereka pilihlah jalan mana mereka nak lalu tapi kita di Padang Merbok," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perhimpunan sebagai solidariti dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip rukun negara.

Menurut Mohd Ali,  tiada warna khas ditetapkan untuk perhimpunan tersebut dan peserta bebas dalam berpakaian.

"Anda bebas pakai apa sahaja. Nak pakai warna hitam boleh, nak pakai macam sekarang pun boleh," katanya.

Ketika ditanya mengenai baju-T merah yang tertera perkataan Himpunan Rakyat Bersatu dan Himpunan Maruah Melayu, beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mengeluarkan sebarang baju-T khusus untuk perhimpunan tersebut.

"Kita tak bagi t-shirt, masing-masing nak tulis. Saya harap janganlah tulis perkara yang sensitif.

"Itu bukan kerja saya. Itu siapa jual, anda tanya dialah," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menegaskan perhimpunan "baju merah" yang akan diadakan Rabu depan bakal dihadiri kira-kira 30,000 peserta daripada 250 badan bukan kerajaan (NGO).

Jamal berkata, kesemua NGO terbabit menyatakan sokongan mereka terhadap Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu untuk berhimpun di Padang Merbok pada Hari Malaysia ini.

Katanya, wakil-wakil NGO menghadiri satu mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman pada Khamis menunjukkan solidariti mereka terhadap perhimpunan anjuran Pesaka itu.

Pihaknya akan berhimpun di beberapa lokasi sekitar Bukit Bintang pada pukul 11 pagi sebelum berarak ke Padang Merbok pada pukul 3 petang dengan memakai baju merah tertera 'Maruah Melayu'.


Tags / Kata Kunci: Ali Rustam , Pesaka , Padang Merbok , baju merah

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan