Bangga Sebagai Rakyat Malaysia Bukti Setia Kepada Negara - Rafidah

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 6:43 PM

Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warganegara ini tanpa mengira bangsa perlu memperkenalkan diri masing-masing sebagai rakyat Malaysia bagi membuktikan tahap kesetiaan kepada negara, kata bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata, identiti bangsa tidak akan lenyap jika seseorang itu mengisytiharkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia.

"Jadi rakyat Malaysia dulu dan pada masa sama berbanggalah sebagai bangsa Melayu, Cina atau Iban yang berjaya kerana ia warisan kita. Kita lebih berbangga sebagai rakyat negara ini, betul tak?" soal Rafidah ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Malaya, Sabtu.

Menerusi syarahan bertajuk "Peranan Pendidikan Dalam Pembangunan Belia Ke Arah Pembangunan Negara", bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyentuh beberapa topik termasuk memupuk kesetiaan kepada negara.

"Lebih baik kita berterus terang, kesetiaan kerana negara perlu diutamakan.

"Kebanyakan anda di sini adalah Melayu dan berbangga dengan identiti bangsa anda, begitu juga saya, tetapi saya utama diri sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Rafidah berkata, tiada yang salah jika seseorang itu  mengisytiharkan identiti nasionalnya.

"Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ada di kalangan datuk nenek kita datang dari China, malah datuk saya berasal dari Sumatera, tetapi saya tidak kisah kerana saya rakyat Malaysia.

"Kenapa perlu lebih utamakan kemelayuan anda, kecinaan atau keindiaan?," kata Pengerusi AirAsia X Bhd itu.

Tags / Kata Kunci: Rafidah Aziz , Universiti Malaya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan