Agong, Permaisuri Zahir Rasa Dukacita Tragedi Kren Tumbang Di Makkah

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat yang turut mencederakan 10 jemaah haji Malaysia.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mengucapkan takziah kepada semua jemaah haji yang terbabit dalam insiden itu khususnya jemaah haji dari Malaysia.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Sabtu berkata seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera dan enam masih belum dapat dikesan.

Beliau berkata, tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki, dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang Jumaat (10 malam di Malaysia) di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut laporan terkini, 107 orang maut dan 238 cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, di PEKAN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum memulakan ucapan perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Syah turut meminta anggota perwakilan yang hadir menghadiahkan al-Fatihah kepada jemaah haji yang terkorban dalam insiden itu.

"Sama-sama kita turut berdoa supaya jemaah haji Malaysia yang cedera selamat kembali ke tanah air dan kepada yang lain agar dapat haji yang mabrur dan kembali ke sisi keluarga masing masing," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan pada laman Twitter beliau turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan jemaah haji Malaysia.

"Saya mendoakan kesejahteraan buat jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah. Salam takziah pada keluarga mangsa yang terkorban. Al-Fatihah," kata Ahmad Zahid.

Turut menyampaikan ucapan takziah dalam laman Twitter masing-masing adalah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Idris berkata: "Takziah kepada mangsa kejadian di Masjidil Haram terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan. Semoga Allah melindungi kita semua. Insya-Allah."

Rohani pula meminta seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam laman Facebooknya turut berharap semua pihak bersama-sama mendoakan jemaah haji Malaysia yang cedera dalam insiden itu segera sembuh dan dapat meneruskan ibadah dengan selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata kementerian itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak Tabung Haji akan terus memantau perkembangan tragedi berkenaan. "Kementerian Luar ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa nahas tersebut," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Agong , Makkah , Masjidil Haram , Istana Negara

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan