'Baju Merah' Jemput Tun M Sertai Himpunan 16 Sept Tetapi Bersyarat

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 9:25 PM

Jamal sedang mencuba baju kemeja-T merah yang akan digunakan pada perhimpunan 16 September ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Yunus menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai himpunan pada 16 September ini tetapi bersyarat.

Syarat tersebut ialah bekas perdana menteri itu perlu "taubat nasuha" dan tidak lagi mempunyai "agenda" menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jamal berkata, jemputan kepada Dr Mahathir dibuat kerana beliau hadir pada perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Menurut Jamal, Dr Mahathir tidak perlu menyertai himpunan tersebut sekiranya beliau masih menentang Najib.

"Melainkan beliau "taubat nasuha" bahawa beliau sepatutnya fikir untuk tidak menghadirinya (Bersih 4.0).

"Saya maksudkan ialah beliau tidak lagi buat apa yang dilakukan sekarang, seperti melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri bagi menggulingkan kerajaan.

"Apa yang beliau lakukan bertentangan dengan Perlembagaan, dan ia bertentangan dengan suara rakyat Malaysia kerana Perdana Menteri dipilih rakyat dalam pilihan raya umum," kata Jamal.

Beliau berkata, tindakan Dr Mahathir adalah tidak wajar dan menafikan Najib yang merupakan Presiden Umno, dan haknya.

"Beliau (Dr Mahathir) menghasut orang ramai untuk menentang Perdana Menteri mereka dengan membuat dakwaan mengenai perkara-perkara seperti RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kesemuanya tanpa sebarang bukti.

"Jika beliau mempunyai apa-apa untuk dikatakan, jadi tampilkan dengan bukti menerusi dokumen-dokumen yang mengaitkan Perdana Menteri," katanya.

Perhimpunan 'baju merah' yang bertujuan untuk membangkitkan maruah orang Melayu akan berhimpun di Bukit Bintang dan Jalan Petaling sebelum berarak ke Padang Merbok.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan