Tiada Perbezaan Peranan Antara IPT Swasta, Awam Dalam PPPM-PT

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 3:41 PM

Idris Jusoh.

Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada perbezaan peranan antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) swasta dan awam dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata budaya membina jenama oleh IPTS dan tema Kementerian Pendidikan Tinggi meningkat secara berterusan perlu dipertingkatkan untuk memastikan hasrat PPPM-PT berupaya direalisasikan.

"Saya percaya budaya itu dapat ditingkatkan lagi dengan pengharmonian IPT  awam dan swasta yang menjadi satu penekanan dalam pelan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Semalam, Idris mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Eksekutif IPT swasta dari seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, perjumpaan berkenaan turut membincangkan isu pengiktirafan, kelayakan dan kualiti termasuk Rangka Kerja Kelayakan Malaysia' serta bagaimana usaha untuk memperkenalkan dan meningkatkan inovasi dalam pendidikan tinggi dapat diseimbangkan.

Turut dibincangkan cara IPT swasta dapat berkongsi dan membuat penjenamaan kejayaan mereka untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa selain peranan IPT swasta dalam membantu usaha kementerian mewawarkan kejayaan sistem pendidikan tinggi.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: IPT , Idris Jusoh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan