Penganjur Serah Notis Perhimpunan 16 September Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 7:38 PM

Megat Zulkarnain mewakili Pesaka menyerahkan notis penganjuran Himpuan Rakyat Bersatu kepada polis, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu diwakili Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyerahkan notis kepada polis bagi mengadakan perhimpunan pada 16 September ini di Padang Merbok di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, notis itu diserahkan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, bagaimanapun penganjur masih perlu menunggu kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami telah berjumpa dengan penganjur kira-kira pukul 11 pagi tadi yang dihadiri Datuk Megat Zulkarnain selaku Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Pihak penganjur berjanji perhimpunan ini akan diadakan secara aman dan mereka akan meletakkan pasukan-pasukan untuk mengawal keselamatan peserta yang hadir," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya, polis juga masih menunggu kelulusan DBKL mengikut Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk tindakan selanjutnya.

Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 NGO lain diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4 baru-baru ini.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan