Mat Taib, Kamaruddin Jaffar 'Lompat' Ke PKR

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 12:24 PM

Muhammad (dua dari kanan) dan Kamaruddin (tiga dari kanan) pada sidang media mengumumkan kedua-duanya kini ahli PKR, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Susulan perpecahan PAS dalam pakatan pembangkang, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar mengumumkan keluar daripada parti Islam itu bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan Kamaruddin itu sekaligus menyaksikan PAS kehilangan seorang lagi Ahli Parlimen.

Penyertaan Kamaruddin ke PKR diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut diumumkan menyertai PKR ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhammad sebelum ini juga ahli PAS.

Sebelum ini, PAS kehilangan 10 wakil rakyat apabila apabila lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka gugur keahlian secara automatik selepas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Datuk Kamaruddin akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden selain membantu memperkukuhkan Pejabat Ketua Umum PKR.

"Beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan NGO Islam untuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara-negara Islam dan serantau," kata Dr Wan Azizah.

Selain itu menurut Dr Wan Azizah, Muhammad juga akan diberi peranan dalam PKR terutama dalam menarik sokongan masyarakat luar bandar.

"Beliau juga akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meraih sokongan luar bandar selepas lebih sedekad PKR menjadikan bandar sebagai teras sokongan," katanya.

Berita mengenai penyertaan Kamaruddin dan Muhammad bersama PKR hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu walaupun kedua-dua mereka sebelum ini hadir semasa pengumuman rasmi Parti Amanah Negara.

"Walaupun saya meninggalkan PAS, saya menghargai parti itu kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk terlibat secara aktif dalam politik sejak Pilihan Raya Umum 1999 sehingga kini.

"Saya percaya kemenangan pembangkang adalah hasil daripada hubungan politik yang kuat antara semua pihak," kata Kamaruddin.

Bagi Muhammad, keputusannya menyertai PKR kerana mahu untuk mengukuhkan parti berkenaan bagi membolehkan kerajaan alternatif yang kuat dibentuk.
Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Kamaruddin Jaffar , Muhammad Muhd Taib

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan